Masih ‘Steady’, Nenek 73 Tahun ‘Ride’ Pergi Rumah Cucu Seorang Diri Dari Ampang Ke Senawang

16 Jan 2022 • 4:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kata orang, usia bukanlah penghalang. Setiap orang boleh buat apa yang mereka minati selagi ada kudrat, betul tak?

Seperti seorang nenek berusia 73 tahun ini yang masih kuat untuk menunggang motosikal lebih 70 kilometer seorang diri. Menerusi perkongsian Nurul Ain Jariah, dia menceritakan bagaimana neneknya berani ‘ride’ sendirian dari Ampang ke rumahnya di Senawang.

Tengok la nenek saya dari Ampang. Tau tau sampai je rumah saya, Senawang.”

Berdasarkan video dikongsikan Ain di TikTok, neneknya sebelum ini ada membeli motosikal baharu, katanya untuk buat ‘ronda ronda’.

Kata Ain lagi, neneknya memang suka dengan motosikal dan masih bersemangat menunggang meskipun jarak jauh.

@nurul_ain_jariah

Reply to @fazilawati77 esok die nak g melaka tu, umah kg die, boleh tumpang die or ride sama2 ngan nenek ??#fyp??viral

? original sound – Nurul Ain Jariah – Nurul Ain Jariah

Ramai warganet berasa kagum dengan keberanian nenek Ain kerana kebiasaannya warga emas di usia sebegitu dibawa oleh anak dan cucu untuk berjalan-jalan.

Namun, ada segelintir yang meluahkan kerisauan mereka tentang keselamatan nenek Ain kerana memikirkan kenderaan yang banyak di lebuh raya.

Memang berani tetapi harap berhati-hati di jalan raya dan kita doakan keselamatan nenek ini ketika menunggang motorsikal tidak kira jarak dekat mahu pun jauh.

4 bulan lalu

Ramai Kagum Lihat Aksi Nenek Hiking Pakai Jubah & Selipar