“Bilik Asing-Asing Ke Tu?” – Janna Nick Bercuti Dengan Dini Schatzmann, Lain Pula Soalan Netizen

Entertainment
18 Jan 2022 • 11:11 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pasangan kekasih popular, Janna Nick dan Dini Schatzmann khabarnya sedang berada di luar negara bagi menghabiskan masa bercuti bersama.

Janna juga ada berkongsikan video-video momen percutian mereka di Instagram untuk tatapan peminat di luar sana.

View this post on Instagram

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Kelihatan begitu ceria sekali, Janna dan Dini dilihat telah pergi ke beberapa lokasi menarik di United Kingdom.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil meninggalkan komen gembira melihatkan kebahagiaan pasangan kekasih ini.

Namun ada juga komen-komen nakal netizen yang bertanyakan sama ada Janna dan Dini tinggal di bilik berasingan selama bercuti di luar negara itu.

“Tidur sekali ke pergi travel? Ke bilik asing-asing?” komen seorang netizen.

“Kehulu kehilir, mampu menikah tapi tak menikah, Allahu hati-hati jangan sampai Allah murka..” sahut seorang lagi pengguna media sosial.

Namun begitu, ada pengguna Instagram menyangkal dakwaan netizen dan menjelaskan Janna dan Dini ke luar negara bagi urusan kerja dan turut disertai ramai pasukan produksi.

Dalam satu hantaran lain, Janna juga ada memuat naik hantaran memaklumkan bahawa dia ke luar negara pada 14 Disember lalu untuk tugasan bersama sebuah jenama terkenal, Louis Vuitton.

image is not available 2 minggu lalu

"Bukan Janna La Kalau Tak Buat Benda Pelik" - Netizen Terhibur Tengok Janna Nick Makan Salji