Guna Penari Seksi Semasa Festival Musim Sejuk, Arab Saudi Terima Kritikan Masyarakat Muslim

Entertainment
15 Jan 2022 • 2:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular sebuah video rakaman yang memperlihatkan sambutan Festival Musim Sejuk Jazan di Arab Saudi. Dalam video tersebut, kelihatan beberapa penari wanita berpakaian ‘samba’ yang menjolok mata.

Penampilan penari wanita tersebut telah menimbulkan perdebatan dalam kalangan masyarakat Muslim dunia. Festival yang dikatakan dihiasi dengan hiburan melampau ini adalah sesuatu yang janggal buat Arab Saudi terkenal dengan kehidupan mengikut cara Islam.

image is not available

Berdasarkan video yang tersebar, penari wanita tersebut dilihat menari di tengah khalayak ramai dengan bahagian perut dan kaki mereka yang terdedah. Turut kelihatan para pengunjung yang menari dan berhibur bersama penari itu.

Meskipun Arab Saudi sudah mula ke arah dunia yang lebih moden dan terbuka, difahamkan para penari wanita tersebut telah melanggar etika berpakaian yang telah ditetapkan di negara itu.

Video tersebut turut menerima kritikan keras daripada warganet yang mengatakan Arab Saudi, rumah kepada tapak suci Islam telah jauh terpesong daripada ajaran agama.

“Ini adalah apa yang saya gelarkan #WhiskyWahhabi”, tulis seorang warganet dalam ciapannya.

Untuk rekod, kertas siasatan telah dibuka ke atas penganjur festival tersebut dan para penari wanita yang terlibat. Gabenor wilayah Jazan, Putera Mohammed bin Nasser bin Abdulaziz telah mengarahkan pasukan khas untuk menyiasat kejadian ini.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.