Lenovo Legion Y90 Mungkin Dilengkapi Snapdragon 8 Gen 1, Skrin 144Hz, Pengecasan Pantas 68W

TechnologyDigital
21 Jan 2022 • 11:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Lenovo Legion Y90 bakal menjadi model kemas kini untuk rangkaian peranti yang memfokuskan permua oleh Lenovo. Ia juga telah tertiris dalam video promosi pendek yang dimuat-naik di Weibo. Melaluinya, ia memperlihatkan peranti hadir dengan kemasan panel belakang unik bersama persediaan kamera utama yang diletakkan pada bahagian tengah.

image is not available

Sungguhpun begitu, informasi mengenai spesifikasi pada peranti boleh dikatakan masih tidak didedahkan, sehinggalah kini ia ditemui tertiris menerusi perkongsian oleh Bald Panda. Melaluinya, peranti dikhabarkan hadir dengan panel hadapan 6.92-inci AMOLED beresolusi FHD dan kadar segar semula 144Hz. Cip Snapdragon 8 Gen 1 turut dikatakan akan melengkapinya kelak. Namun begitu, terdapat juga desas-desus terdahulu yang mendakwa peranti hanya dibekalkan dengan Snapdragon 888.

image is not available

Di samping itu, sokongan memori yang menyokong pula adalah sehingga 18GB RAM (LPDDR5) dengan kebolehan RAM Maya mencapai 4GB RAM. Turut melengkapinya, storan dalaman 512GB (UFS 3.1) dan motor linear paksi-X dengan sistem haptik yang baik. Lain-lain spesifikasi yang mungkin disokong – bateri 5,500mAh dengan pengecasan pantas 68W, port sambungan USB-C dan sebagainya.

Buat masa ini, belum diketahui bilakah ia akan dilancarkan. Tetapi dengan ketirisan ini, kita mungkin akan dapat melihat pengenalannya tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.