Samsung Galaxy A03 Kini Di Malaysia – Harga Jualan Bermula RM469

TechnologyDigital
21 Jan 2022 • 11:02 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Rangkaian peranti Samsung di Malaysia kini menerima penawaran sebuah lagi model baharu. Melaluinya, Samsung Galaxy A03 telah diumumkan dan ia ditawarkan pada harga bermula RM469 (3GB/32GB). Sementara itu, model dengan memori 4GB/64GB pula berharga RM549 . Bagi yang berminat, ia boleh dibeli menerusi kedai atas talian rasmi Samsung Malaysia bermula hari ini.

image is not available

Untuk spesifikasi khusus, Samsung Galaxy A03 dilengkapi skrin 6.5″ TFT LCD beresolusi HD+ ((720 x 1600 piksel). Ia juga dipadankan dengan cip UNISOC T606 bersama memori sehingga 4GB RAM dan storan dalaman 64GB. Seterusnya, dwi-kamera utama dengan tetapan 48MP + 2MP dan kamera swafoto 5MP turut melengkapinya. Lain-lain spesifikasi termasuklah bateri 5000mAh, menjalan Android 11, Bluetooth 5.0 dan sebagainya. Terdapat tiga warna yang ditawarkan seperti Black, Blue dan Red.