Demi Selfie, Lelaki Maut Selepas Jatuh Dari Gunung Setinggi 700 Kaki

Entertainment
29 Jan 2022 • 10:36 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pendaki dilaporkan terjatuh dari Puncak Flatiron di pergunungan Taman Negara Lost Dutchman di Arizona baru-baru ini.

Menurut AZFamily.com, lelaki berusia 21 tahun tersebut telah tergelincir dari ketinggian 700 kaki semasa ingin ber-selfie di puncak gunung.

image is not available

Pihak polis dikatakan menerima laporan kejadian itu dari salah seorang rakan mangsa yang turut sama-sama melakukan pendakian di kawasan pergunungan itu kira-kira 12.45 tengah malam waktu tempatan.image is not available

Pihak polis melaporkan, mangsa ingin mengambil gambar seorang diri dari puncak tersebut berlatarbelakangkan pemandangan bandar. Namun, mangsa dikatakan tersalah langkah sebelum tergelincir dan jatuh ke bawah.image is not available

Pihak keselamatan telah menghantar sebuah helikopter untuk usaha mencari mangsa pada tengah malam kejadian itu berlaku. Mangsa telah ditemui meninggal dunia di sebuah denai kira-kira 700 kaki dari puncak gunung tempat terakhir mangsa dilihat berdiri.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.