Peluk Dan Dukung Wanita Bertudung, Peminat Sekali Lagi Kecewa Dengan Zul Ariffin

Entertainment
5 Jan 2022 • 11:34 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pelakon kacak, Zul Ariffin mengundang rasa kurang senang peminat apabila dilihat bersentuhan dengan seorang wanita bertudung dalam iklan bengkung edisi istimewanya.

Menerusi video berdurasi satu minit dan 35 saat itu, pelakon filem Sangkar ini menunjukkan aksi romantis seperti berpelukan mesra, berpegangan tangan dan mendukung wanita itu.

Di ruangan komen, peminat merasakan perkara itu tidak manis untuk tontonan umum memandangkan wanita di dalam video memakai tudung.

Peminat turut merasakan iklan tersebut tidak bersesuaian dengan standard Zul Ariffin sebagai penerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-31.

image is not available

image is not available

Tambahan pula sebelum ini, Zul dilihat mendekatkan diri dengan agama apabila menyertai kerja-kerja kebajikan bersama tim Ebit Lew.

Pelakon ini bagaimanapun tidak mahu menyifatan perkara tersebut sebagai satu hijrah yang tergesa-gesa dan hanya ingin menjadi seorang muslim yang lebih baik setiap hari.

Kredit: Instagram Zul Ariffin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.