Seram! Tular Rakaman Penumpang Bas Tiba-tiba Menari Kerana ‘Ditegur’. Ini Kisah Sebenarnya…

Entertainment
3 Jan 2022 • 11:27 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini tular sebuah klip melihatkan seorang penumpang bas yang tiba-tiba meracau dan mula membuat gerak badan seakan-akan sedang menari.

Kejadian tersebut tular di laman Facebook sejak Ahad lalu melalui pengguna Penang Kini, di mana penumpang tersebut berada dalam sebuah bas ekspres dari Kuala Lumpur menghala ke Pulau Pinang.

Klip itu menerima lebih 300 ribu tontonan, di mana rata-rata netizen yang menonton turut berasa seram melihat aksi yang tidak normal dari penumpang tersebut. Walau bagaimanapun, ramai juga yang berseloroh dan meninggalkan komen gurauan yang boleh dikatakan tidak bertempat.

Bas ekspress dalam perjalanan KL ke Penang. Kemungkinan dirasuk oleh 'sesuatu' dalam bas semasa di dalam perjalanan."Tarian apakah ini.??. Start menari dalam bas dari km 317 arah ke utara… Alhamdulillah mangsa pulih selepas 15 minit bas berhenti di R&R simpang pulai.." – Helmi Pilot Bus

Posted by Penang Kini on Saturday, January 1, 2022

Pemandu bas kongsi cerita sebenar

Terpanggil untuk menjawab isu ini, pemandu bas tersebut tampil untuk berkongsikan perincian sebenar pada waktu kejadian.

Menurut lelaki yang ingin dikenali sebagai Helmi itu, penumpang tersebut menaiki bas itu berdua bersama ibunya dan mula bertindak aneh sebaik saja mereka melalui kawasan Gua Tempurung.

Penumpang itu berdua dengan ibunya naik bas yang saya pandu. Waktu sedang memandu, saya dengar mak dia jerit dan ajarnya mengucap. Ketika itu jam menunjukkan pukul 1.20 pagi dan betul-betul lalu Gua Tempurung, Perak iaitu KM 317 arah utara”

Tambahnya lagi, dia tetap meneruskan pemanduannya ke hentian R&R terdekat di Simpang Pulai dan penumpang itu terus menari akibat ‘keteguran’ sepanjang perjalanan ke sana. Helmi kemudiannya bertindak memasang ayat ruqyah dan ayat suci al-Quran.

Dia menari di tempat duduknya sahaja. Bila sampai, kami bantu pulihkannya. Alhamdulillah dia sedar 15 minit kemudian. Kami tanya apa yang berlaku, dia jawab ternampak sesuatu.”

Kalau jumpa, jangan tegur!

Menurut sumber, ini bukanlah pertama kali Helmi menghadapi kejadian seperti itu selama 12 tahun berkhidmat sebagai pemandu bas ekspres. Dia turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati jika melalui kawasan ‘panas’ dan tidak menegur jika terlihat sesuatu yang aneh.

Tambahnya lagi, laluan di Gua Tempurung itu sudah memang dikenali oleh pemandu lori dan bas sebagai salah satu spot panas di mana kemalangan maut sering berlaku di kawasan itu.

Memang biasalah juga nampak budak melintas dan perempuan melitas jalan awal pagi. Jadi apabila berlaku perkara macam ini, insyaAllah apa yang kita belajar, kita cubalah handle.”

Netizen diminta jangan celupar

Helmi juga dikatakan terkejut apabila klip kepada kejadian itu ditularkan, dan meminta orang ramai agar tidak meninggalkan komen-komen berbaur celupar. Lelaki itu turut berhadap agar apa yang berlaku boleh dijadikan pengajaran kepada semua.

image is not available

Nasib baik semuanya selesai dengan aman. Yang dok bergurau sakan kat komen tu, harapnya lebih sensitif lah lepas ni, ya?

Sumber: Facebook dan Portal

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.