Galaxy Tab A8 tablet bawah RM1,000 yang buang Snapdragon untuk diganti dengan Unisoc

Digital
24 Jan 2022 • 7:15 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Samsung memperkaya penawaran tablet Android mereka dengan pengumuman tablet Galaxy Tab A8. Lebih menarik penawaran tersebut diletakkan di bawah kategori bawah RM1,000 yang mungkin menarik minat golongan yang inginkan sebuah tablet mampu milik untuk diberikan pada anak-anak, kegunaan PDPR ataupun kegunaan ringan lain.

Harga Galaxy Tab A8 di Malaysia

Sesiapa yang berminat untuk dapatkan sebuah Galaxy Tab A8 boleh berbuat demikian pada tanda harga RM999. Ia boleh didapati melalui pengedar sah Samsung di seluruh negara ataupun di platform dalam talian Lazada dan Shopee.

Dalam tempoh promosi, sehingga 28 Februari 2022, pembeli akan menerima aksesori pelindung Clear Edge Cover (RM99) dan jaminan tambahan 1 tahun Samsung Care+ (RM110) secara percuma.

Sebagai perbandingan, Galaxy Tab A7 yang dilancarkan dalam bulan Jun 2021 lalu ditawarkan pada harga yang sama RM999.

Spesifikasi Galaxy Tab A8

Samsung Galaxy A8 hadir dengan paparan 10.5" TFT LCD pada resolusi FHD. Atas papan utama, tablet ini diperkasa CPU Unisoc Tiger T618. Bahagian ini mungkin akan dikeluh pengguna kerana pada Galaxy Tab A7 yang dulu, mereka mengguna pakai Snapdragon 662.

Unisoc adalah syarikat yang pernah mengeluarkan SoC Spreadtrum untuk peranti-peranti bajet sebelum dijenamakan semula kepada Unisoc. Satu lagi tablet yang menggunakan SoC Unisoc kami kongsikan baru-baru ini adalah Nokia T20 yang gunakan Unisoc T610.

Namun, satu-satunya ciri menarik tablet ini disamping harga bawah RM1,000 adalah pada kehadiran speaker kuadstereo. Ia sekurang-kurangnya boleh mengubati luka melihat turun taraf SoC ataupun pada panel paparan cuma TFT LCD tablet ini.

Untuk pasaran Malaysia, varian Galaxy Tab A8 ditawarkan dalam varian RAM 3GB dan storan 32GB. Storan boleh diperluas melalui kad mikro-SD. Sepasang kamera hadir pada tablet ini, satu di depan dan satu di belakang yang masing-masing diberikan sensor 8MP dan 5MP.

Membekalkan tenaga kepada tablet ini dalah bateri 7,040mAh dengan kemampuan menerima tenaga 15W. Cumanya, blok pengecas yang diberikan cuma 7.8W dan pengguna perlu membeli blok pengecas tambah untuk menikmati pengecasan berkepantasan penuh.

image is not available

Bacaan berkaitan