“Nasib bukan benda pelik” – Mengidam Nak Naik Ativa Putih, Bakal Ibu Tak Sangka Impian Tercapai

Entertainment
24 Jan 2022 • 12:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sudah menjadi lumrah bagi ibu-ibu yang sedang hamil mempunyai rasa mengidam dan ia bukanlah satu perkara yang dibuat-buat.

Pun begitu, menjadi cabaran juga buat para suami untuk menunaikan rasa mengidam para isteri yang hamil kerana adakalanya ia boleh jadi perkara mudah seperti mengidam nak makan buah mangga.

image is not available

Malah ia juga boleh jadi perkara yang susah nak ditunaikan kalau tiba-tiba isteri mengidam nak naik UFO. Kisah ni pernah viral dulu ye gaiss!

 

Ibu hamil 10 minggu teringin nak naik Ativa Putih

Walau bagaimanapun, baru-baru ini, personaliti televisyen, Fedtri Yahya ada memuat naik satu posting berkaitan seorang wanita hamil 10 minggu yang meluahkan rasa mengidamnya ingin menaiki kereta jenis Perodua Ativa berwarna putih.

Wanita terbabit kemudian meminta Fedtri untuk menguar-uarkan perkara tersebut di media sosial, jika ada yang ingin menunaikan permintaannya.

image is not available

Tidak disangka-sangka impian wanita itu akhirnya menjadi kenyataan apabila dia memaklumkan kepada Fedtri yang ada insan sanggup menunaikan impiannya pada 22 Januari lepas. Alhamdulillah!

Perkara tersebut dikongsikan Fedtri di laman Twitter miliknya hari ini.

image is not available

image is not available

 

“Alhamdulillah mengidam benda yang boleh cari dan senang dapat”

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang mana rata-rata bersyukur wanita berkenaan telah tertunai rasa mengidamnya untuk menaiki kenderaan itu.

Ramai juga yang berkongsi pengalaman sendiri dan orang lain berkenaan isu mengidam ni. Siap ada yang mengidam nak gigit tayar kereta. Alamak!

image is not available

Syukurlah dapat juga tertunai impian bakal ibu tu ye. Nasib baik dia mengidam naik Ativa dan bukan kereta Ferrari.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article