“Nampak Sangat Pilih Bulu” – Vida Kecewa Sa Ya Gagal Ke Separuh Akhir GV8

10 Jan 2022 • 12:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Umum mengetahui kumpulan duo lagenda, Sa Ya yang diketuai oleh Yassin Yahya bersama Saiful Apek telah tersingkir pada minggu ke-8 konsert Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), semalam.

Meskipun mendapat pujian dari juri kerana mempunyai idea yang kreatif serta menghargai kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka, bagaimanapun dari aspek vokal, mereka tidak dapat memuaskan hati para juri.

Namun begitu, Saiful Apek atau lebih mesra dipanggil Apek berkata dia sangat berpuas hati kumpulannya dapat bertahan hingga minggu kelapan.

Ramai yang kecewa dengan penyingkiran kali ini, termasuk juga usahawan sensasi iaitu Datuk Seri Vida yang meluahkan rasa kesalnya apabila kumpulan Sa Ya tersingkir pada minggu kelapan.

Saya tahulah mainan ni.. saya mantan sponser GV.

Dalam pada itu, beliau turut menganggap ada unsur ‘pilih bulu’ kerana peserta yang bagus tersingkir tetapi peserta yang biasa masih kekal dalam pertandingan.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

image is not available 7 jam lalu

Lega Dapat 'Langsaikan' Hutang Peminat, Sa Ya Anggap Pentas GV8 Sebagai Satu Lipatan Sejarah