Jadi Tukang Uji Kesetiaan, Lelaki Ini Dakwa Dapat Upah Ribuan Dolar

Entertainment
17 Jan 2022 • 4:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video seorang lelaki yang mengakui dia mendapat sumber pendapatan ribuan dolar setiap minggu apabila diupah oleh sejumlah kalangan lelaki lain untuk menguji kesetiaan teman wanita mereka.

Lelaki yang dikenali sebagai Xavier Long itu diupah oleh sejumlah lelaki untuk memikat teman wanita mereka bagi menguji sama ada kekasih mereka setia atau tidak.

Menurut Long, antara ujian yang dilakukan termasuk menghantar mesej kepada teman wanita mereka menerusi akaun media sosial dan melaporkannya semula kepada teman lelaki masing-masing jika terdapat tanda-tanda curang.

image is not available

Saya mendapat upah yang agak lumayan dan kerjaya ini membuatkan saya tidak perlu bekerja mengikut shif.

Tambahnya lagi, tugas yang dianggap seperti kerjaya tersebut membolehkan dia memperoleh sekurang-kurangnya 2,000 (RM8,358) setiap minggu.

Boleh dikatakan ini adalah cara paling cepat untuk mendapat untung.

Pada mulanya, Long berkata dia melakukan perkhidmatan itu secara percuma, namun ada pelanggannya mula membayar dan lantas dia menjadikannya sebagai sumber pendapatan.

image is not available 23 jam lalu

Mayat Wanita Hamil 9 Bulan Lahirkan Anak Ketika Mahu Dikebumikan