“Pantang berenggang!”-[VIDEO] Pak Cik Rider Kongsi Chat Sweet Dengan Isteri Buat Ramai Cair

Entertainment
28 Jan 2022 • 2:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pasangan suami isteri yang baru berkahwin kalau korang perasan kan mesti nak berkepit je. Tak boleh berenggang langsung!

Sebenarnya itu belum cukup sweet kalau nak dibandingkan dengan pasangan suami isteri yang dah lama berkahwin tapi hubungan masih lagi macam pengantin baru.

Seperti perkongsian di laman TikTok daripada pak cik rider dari negara seberang ini, screenshot perbualan antaranya bersama isteri buat ramai yang cair!

@babehojol

Ketika bertemu dengan pasangan yang tepat image is not availableimage is not available

♬ I love you so – song person

“Pingsan, belum disemangatin sama ayang”

Perkongsian video daripada pak cik @babehojol ini telah berjaya menarik perhatian ramai kerana keletahnya yang manja dan pantang berenggang dengan isterinya.

Video berdurasi 43 saat ini menunjukkan beberapa screenshot perbualan mereka suami isteri. Melihat semua perbualan mereka itu, memang betul lah apa yang ditulis di kapsyen pak cik ini; “ketika bertemu dengan pasangan yang tepat”. Nampak sweet sangat!

Dalam masa satu hari sahaja, video perkongsian pak cik ini telah berjaya mendapat jumlah tontonan sebanyak 24.9 juta penonton dan 3 juta likes! Banyak kan?!

Jika dilihat di ruangan komen, ramai yang memuji hubungan baik mereka yang saling manja antara satu sama lain. Bukan tu je, ramai juga yang cemburu dengan kecomelan mereka!

image is not available

Bukan setakat chat je yang sweet, pak cik ni pun nampak kelakar sangat bersama isterinya! Gambar yang dikongsikan kepada isterinya semua nampak sangat menghiburkan!

Min kalau dapat suami macam pak cik ni confirm hari-hari bahagia je…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.