Dari Atas Nampak Macam Bentuk Manusia, Keunikan Bandar Kecil di Itali Ini Jadi Perhatian Ramai

Entertainment
8 Jan 2022 • 1:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, sebuah kawasan perkampungan di Itali telah menjadi tumpuan netizen di Instagram gara-gara ia dilihat menyerupai bentuk seperti manusia dari pandangan atas menggunakan dron.

Menurut Mail Online, bandar kecil yang diberi nama Centuripe itu terletak kepulauan Sicily dan gambar pemandangan udara bandar itu telah diambil oleh seorang jurugambar iaitu Pio Andrea Peri.

Pio Andrea mengatakan dia mula mengetahui bentuk unik bandar Centuripe tersebut setelah ternampak pemandangan kawasan itu dari arah atas menerusi Google Earth.

Korang boleh tengok sendiri peta Centuripe ini kat sini.

image is not available

Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa bandar itu juga kelihatan seperti bintang yang mempunyai lima bucu terutamanya ketika waktu malam.

Disebabkan bentuk Centuripe itu sangat unik, ada sesetengah netizen yang pada mulanya tak percaya dan menganggap mendakwa gambar itu merupakan hasil yang telah disunting.

Bandar kecil di Itali itu juga dikatakan menempatkan lebih kurang lima ribu penduduk dan ia terletak di atas bukit.

Bila tengok lama-lama, macam nak sama dengan bentuk Patrick Star kawan SpongeBob la pulak kan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.