“Macam bawak beg” – Kim Jong-un ‘Kelek’ Tandas Kemana-mana Sebab Taknak Najis Jatuh Ke Tangan Salah

Entertainment
29 Jan 2022 • 9:56 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Min nak tanya, apa benda yang korang mesti kena bawak bila korang keluar rumah?

Usually, kebanyakan orang akan jawab beg, phone dan wallet tapi bagi Pemimpin Tertinggi Korea Utara ni pulak, benda yang wajib dibawanya setiap kali keluar dari rumah adalah tandas. Yup, korang tak salah baca, memang dia ‘kelek’ tandas merata macam orang bawak beg.

image is not available

Memetik laporan Mirror, Kim Jong-un memilih untuk sentiasa membawa tandas peribadi setiap kali keluar dari rumah sebab beliau tak percaya dengan tandas awam. Kata sumber, Kim Jong-un takut kalau dia pakai tandas awam, najis dia boleh jatuh ke tangan yang salah.

Difahamkan, setiap kenderaan milik diktator Korea Utara ini akan dilengkapi tandas dan beliau hanya akan keluar rumah menggunakan kenderaan yang ada tandas je. Sumber mengatakan, selain kenderaan jenis Mercedes Benz, motosikal milik Kim Jong-un juga dah modified untuk tambah tandas kat dalam. Wowzers!

image is not available
Gambar hiasan

Menurut beberapa sumber, punca Kim Jong-un tidak mempercayai tandas awam adalah kerana beliau mahu najisnya dikawal rapi memandangkan mungkin ada pihak lain yang akan mengambil najisnya untuk mengetahui status kesihatan pemimpin terbabit.

image is not available

Untuk pengetahuan, kesihatan Kim Jong-un menjadi topik hangat selepas beberapa gambar viral menunjukkan pemimpin itu telah kehilangan berat badan yang sangat banyak.

Kalau korang nak tahu, tandas peribadi Kim Jong-un ini dikawal rapi oleh pengawal peribadi dan kalau ada individu yang ditangkap menggunakannya boleh dijatuhkan hukuman mati.

Sumber: Mirror

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.