Ini Foto Hajar Aswad Dari Jarak Dekat Dengan Resolusi Tinggi

Entertainment
8 Jan 2022 • 8:29 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Batu Hajar Aswad merupakan batu suci yang berada di penjuru Kaabah. Ketika mengerjakan umrah ataupun Haji, batu ini dicium kerana merupakan suatu perkara yang Sunnah.

Baru-baru ini, kerajaan Arab Saudi telah mendedahkan foto Hajar Aswad yang sebelum ini tidak pernah dipaparkan secara umum dari jarak dekat yang ditangkap dengan resolusi tinggi.

image is not available

Foto tersebut diambil dengan teknik baharu iaitu menggunakan konsep ‘panaroma fokus bersusun’. Ianya dikatakan mengambil masa kira-kira tujuh jam untuk menangkapnya. Dengan saiz yang berukuran sehingga 49,000 megapixel, 50 jam pula diperlukan untuk mengembangkannya.

image is not available

Apa yang dapat lihat, batu Hajar Aswad kini kelihatan hitam kemerahan kalau nak dibandingkan dengan sebelumnya yang berwarna putih.

Semoga ada rezeki untuk kita semua mencium batu suci itu sama seperti mereka yang sudah berpeluang sebelum ini. 

Kredit: Alarabiya

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media .