“Nampak Sangat Pilih Bulu” – DS Vida Terkilan Sa.Ya Gagal Ke Separuh Akhir, Shidee Pula Disimpan?

10 Jan 2022 • 12:50 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
DS Vida GV8

Kelemahan vokal kumpulan duo Sa.Ya dipercayai menjadi punca mereka gagal berentap dalam pusingan separuh akhir program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) minggu depan.

Kumpulan yang dianggotai pelawak terkenal, Saiful Apek dan Yassin itu walau bagaimanapun akur dengan keputusan juri dan mengakui masih dalam proses belajar.

Namun, sebaliknya pula bagi usahawan kosmetik, Dato Seri Vida apabila beliau mempertikaikan keputusan juri menyingkirkan mereka.

DS Vida berpendapat Sa.Ya memberikan persembahan yang baik pada malam tadi dan mempunyai ‘X Factor’. Usahawan ini turut mempersoalkan adakah Sa.ya hanyalah sekadar ‘filler’ untuk rancangan itu.

image is not available

Dalam hantaran di Facebook itu, DS Vida bertanya atas dasar apa Shidee diselamatkan sedangkan sewaktu menyanyikan lagu Di Ambang Sore penyanyi itu dikatakan ‘pancit’.

Di ruangan balas, pelbagai reaksi yang telah ditinggalkan netizen. Ada yang bersetuju dan ada juga berpendapat sebaliknya.

image is not available

image is not available

image is not available

Peserta yang mara ke separuh akhir adalah Nikki Palikat, Adibah Noor, Azan Scan, Ani Mayuni, Suki Low, Aliff Aziz, Shidee dan Aweera. Korang rasa siapa yang akan ke final?

Kredit: Facebook Sayang-Sayang DSV

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.