100 Pelajar ‘Terpaksa’ Ponteng Sekolah Di Hari Pertama, Tren KTM Tak Berhenti Di Stesen

10 Jan 2022 • 2:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seramai 100 pelajar dari Kampung Kuala Gris dilaporkan tidak hadir ke hari pertama sesi persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong, Kuala Krai, Kelantan, semalam lapor Kosmo.

Ia berikutan kereta api yang menjadi pengangkutan utama ereka tidak berhenti di hentian Kuala Gris. Jika diikutkan jadual, kereta api tersebut sepatutnya berhenti di stesen tersebut pada jam 6.59 pagi dan tiba di Dabong lebih kurang 20 minit.

Bagaimanapun, pelajar dikatakan tetap setia menunggu sehingga jam 7.30 pagi sebelum membuat keputusan untuk pulang ke rumah masing-masing.

image is not available

KTM ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkenaan kejadian itu dan bakal menjalankan siasatan lanjut dengan teliti.

Pengurus Wilayah Timur akan mengadakan pertemuan dengan pihak sekolah dan penghulu untuk membincangkan perkara ini.”

Sesi persekolahan di Kelantan belrmula sejak semalam selepas negeri itu memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

image is not available 4 hari lalu

"Hantar Private Atau International School" - Ibu Kena Perli Sebab Memilih Nak Tandas Duduk Di Sekolah

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved