“Tamparan untuk kita yang sihat” – [VIDEO] Ramai Tersentuh Lihat Lelaki Kurang Siuman Solat Walaupun…

Entertainment
21 Jan 2022 • 3:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Biasanya, tak ramai orang berani untuk mendekati orang-orang yang kurang siuman berkeliaran di kaki lima walaupun biasanya dorang jarang kacau orang.

Namun bagi seorang pengguna TikTok @mimieydjewels, dia tak kisah apabila seorang lelaki kurang siuman sering datang ke premis perniagaannya yang sedang dalam pembikinan itu.

Menurut Mimiey, lelaki tersebut tak pernah mengganggu dia atau pekerja-pekerjanya di kedai tersebut, dia hanya sering bercakap sendiri atau menyanyi lagu. Kerana ini, wanita tersebut tak kisah sangat jika lelaki ini datang ke kedainya.

“Walaupun tak sempurna, tapi tak lupa pada pencipta”

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila Mimiey memuat naik satu video menunjukkan lelaki ini sedang solat.

Dalam video tersebut, dapat dilihat lelaki dengan pakaian tidak terurus dan seluar yang asyik hendak terlondeh tetap menunaikan solat di atas lantai kedai tersebut.

@mimieydjewels

Ni PART 1 Syed kerol ngah nyanyi2 tiba2 senyap..lahhh ngah solat rupanyaimage is not availableSubhanallahhebatnya hamba allah wlaupun x sempurna tp x lp pada pencipta

♬ original sound – Mi Miey – Mi Miey

@mimieydjewels

image is not availableDeep.Tak buat solat hajat lg kdai..dia solat dulu dlm niimage is not availableSyed khairol doakn bisnes kokmie tauuu

♬ original sound – Vitri pradana – Vitri pradana

Selain dari itu, wanita ini turut memuat naik video dia dan suaminya beli seluar untuk lelaki yang dipanggai Syed Kerol itu ekoran seluarnya yang dilihat koyak rabak dan daif.

@mimieydjewels

Cadangnya nk g esok..rasa lamanya esok..Suami pun ajak g bli arini n g hntr tros umah syed kerol..Alhamdulillah lega rasa hajat tercapaiimage is not available

♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibesimage is not available

“Dia kenal siapa yang dia patut sembah”

Di ruangan komen, ada seorang netizen memberitahu sebab lelaki ini jadi tak siuman macam ni adalah kerana putus cinta. Sejauh mana kebenarannya kita tak tahulah…

image is not available

Rata-rata netizen yang melihat video ini turut tersentuh dengan apa yang dilihat dan memuji sifat Syed Kerol yang tak lupa untuk solat walaupun ianya tak wajib untuk orang sepertinya.

image is not available

Kalau korang nak tahu menurut penerangan mufti, hukum menunaikan solat bagi orang kurang upaya dari segi mental, mereka tidak diwajibkan untuk menunaikan ibadah namun sekiranya mereka melaksanakannya maka ia adalah sah di sisi Islam. Korang boleh baca lebih lanjut kat sini.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.