Sultan Johor Perkenan Saf Solat Jemaah Dirapatkan Kepada Setengah Meter Bermula Jumaat Ini

6 Jan 2022 • 10:52 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Berita baik bagi semua jemaah masjid di seluruh kawasan negeri Johor, jarak saf antara makmum dalam solat Jumaat dan solat fardhu lima waktu kini boleh dirapatkan kepada setengah meter bermula Jumaat ini (7 Januari).

Pengumuman itu telah dimaklumkan semalam menerusi satu kenyataan bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor; Tosrin Jarvanthi, Pengarah Jabatan Agama Islam Johor; Md Rofiki Samsudin dan Mufti Negeri; Yahya Ahmad.

Melalui kenyataan itu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah memberi perkenan agar pelaksanaan tersebut bermula dikuat kuasa pada 7 Januari iaitu pada Jumaat ini sehingga suatu tarikh yang akan diumumkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor.

image is not available

image is not available

image is not available

“Selain itu, solat hajat juga hendaklah dilaksanakan selepas solat Maghrib setiap hari dan selepas solat Jumaat setiap minggu di semua masjid dan surau negeri ini,” menurut kenyataan tersebut.

Program-program pengimarahan masjid dan surau seperti kuliah dan ceramah agama pula ditambah daripada satu jam kepada tempoh tidak melebihi dua jam.

Di samping itu, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan surau pula dipertanggungjawab bagi sentiasa memastikan para jemaah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Sumber: Bernama dan Facebook

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.