
- Berat: 8.2 oz/232 g (saiz us9 lelaki) / 7.1 oz/201 g (saiz us8 wanita)
- Offset: 4mm
- Stack Height: 25mm/21mm
- Kategori: Pelatih harian ringan (lightweight daily trainer)
Saucony Kinvara 11 adalah iterasi terbaru untuk model Saucony yang terkenal iaitu Kinvara. Sebelum wujudnya teknologi gentian fiber atau bahasa mudahnya carbon plate kasut ini menjadi pilihan ramai para pelari untuk event perlumbaan.
Kini muncul dengan iterasi yang ke 11, Saucony telah membuat beberapa perubahan ke atas kasut ini dengan menjadikan ia lebih kepada lightweight daily trainer. Tambahan pula model ini tampil dengan teknologi Saucony yang terbaharu iaitu PWRUN yang menggantikan EVERUN. Bagaimanakah prestasi kasut ini?Adakah ia masih relevan untuk digunakan? Mari kita ketahui dengan lebih lanjut.
Upper
Bahagian atas kasut atau upper, diperbuat daripada engineered mesh dengan beberapa overlay di bahagian tepi kasut untuk menyokong dan memastikan upper sentiasa kekal pada bentuk asal. Ruang toe box ini agak luas ini menambahkan lagi keselesaan kepada kaki anda ketika memakai kasut ini. Mesh yang digunakan mempunyai pengudaraan yang baik untuk memastikan kaki anda tidak panas dan berpeluh ketika berlari, sesuai dengan cuaca negara kita yang panas dan lembap.


Lidah kasut ini adalah semi gusseted atau dijahit di bahagian dalam dinding kasut ini secara separa. Ini membuatkan lidah kasut sentiasa berada di kedudukan asal dan tidak bergerak ketika anda berlari. Fabrik lidah kasut yang agak tebal dan lembut akan membuatkan kaki anda selesa di samping mengunci kaki anda dengan lebih kemas ketika berlari. Ketebalan lidah kasut ini juga bertujuan untuk melindungi bahagian atas kaki anda daripada sebarang kecederaan daripada tekanan ikatan tali kasut.

Sistem tali yang digunakan di sini adalah sistem yang standard. Saucony menambah band di tiga lubang yang terakhir untuk memastikan tali dapat diikat dengan lebih ketat dan untuk mengunci kaki pada kedudukan yang lebih kemas dan selesa serta untuk meminimalkan pergerakan kaki ketika berlari. Terdapat juga lubang tambahan untuk anda yang gemar melakukan runners knot.

Midsole
Saucony menggunakan PWRUN midsole yang diperbuat daripada campuran EVA dan TPU untuk menggantikan EVERUN yang mereka gunakan untuk model sebelum ini. Teknologi PWRUN ini membuatkan Kinvara 11 kali ini lebih verstail daripada iterasi yang sebelumnya.
Jika anda seorang yang hanya mahukan satu kasut sahaja, Kinvara 11 patut menjadi pilihan anda. PWRUN ini cukup responsif dan firm untuk hari latihan yang memerlukan anda menggunakan pace yang laju seperti tempo day atau threshold day, cukup kusyen untuk larian jarak jauh dan latihan harian anda.
Dengan berat sebanyak 8.2oz untuk saiz lelaki US9 kasut ini juga sangat ringan untuk digunakan pada race day. Kasut ini juga menggunakan drop yang rendah iaitu 4mm untuk menggalakkan midfoot atau forefoot strike supaya running form anda lebih lancar dan efisien.
Bagi anda yang memerlukan sedikit stability pada kasut larian anda, anda tidak perlu risau kasut ini mempunyai stability yang agak baik walaupun kasut ini adalah kasut neutral.

Outsole
Saucony menggunakan EVA sebagai tapak dengan meletakkan getah di bahagian hadapan kasut serta tumit kasut. Tapak kasut mencengkam dengan sangat baik walaupun berlari di kawasan lopak dan permukaan yang licin seperti simen. Ketahanan tapak kasut bergantung kepada cara, kekerapan serta tempat anda berlari.

Rekomendasi
Pada pendapat saya, setelah mencuba kasut ini dalam linkungan jarak 80 KM, ada beberapa perkara yang Saucony boleh lakukan untuk penambaikan pada iterasi yang seterusnya.
Pertama, pada bahagian atas Saucony mungkin boleh menggunakan sistem tali yang lain agar bahagian atas dapat diikat dengan lebih kemas dan ketat terutama pada bahagian midfoot. Sepanjang saya memakai kasut ini, saya kerap merasakan pada bahagian atas ini lockdown kurang kemas dan kurang ketat.
Kedua, Saucony juga mungkin boleh menghasilkan heel cup yang lebih dalam kedudukannya. Setiap kali saya menyarung kasut ini, saya kerap merasakan yang kaki saya mungkin akan terkeluar daripada walaupun perasaan ini hilang ketika saya berlari.
Bagi bahagian tengah mungkin Saucony boleh menggunakan midsole PWRUN+ atau PWRUNPB. PWRUN adalah midsole yang berkualti dan baik, cuma kadangkala ketika berlari midsole ini terasa “mati” atau flat. Midsole ini juga kurang memberikan energy return jadi sukar untuk saya mengekalkan kelajuan yang sama sepanjang larian.
Muhammad Khairul adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.