Sijil Vaksin Palsu: Reman Doktor Disambung

11 Jan 2022 • 12:17 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Dokumen berkaitan sijil suntikan vaksinasi COVID-19 palsu yang dikeluarkan oleh sebuah klinik swasta turut dirampas oleh polis pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu semalam. - Gambar Bernama

MARANG - Perintah tahanan reman terhadap seorang doktor klinik swasta yang didakwa menjual sijil vaksinasi COVID-19 palsu di Terengganu disambung dua hari lagi oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan tahanan  reman dilanjutkan sehingga Khamis ini terhadap doktor lelaki berusia 51 tahun itu bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dijalankan pihak polis.

Sabtu lepas doktor yang mendakwa dirinya anti vaksin itu ditahan selepas disyaki mengeluarkan sijil suntikan vaksin COVID-19 palsu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa dilaporkan berkata siasatan awal mendapati seramai 1,900 individu berurusan dengan klinik berkenaan untuk tujuan vaksinasi, namun daripada jumlah itu pihaknya masih menyiasat jumlah sebenar individu yang mendapat sijil vaksinasi palsu itu.

Doktor berkenaan dipercayai mengenakan bayaran antara RM400 hingga RM600 kepada individu yang berhasrat mendapatkan sijil vaksinasi tanpa melakukan suntikan yang sebenar. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved