Warga emas di Lembah Klang boleh dapatkan dos penggalak secara walk-in, ini senarai PPV tersedia

19 Jan 2022 • 11:54 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SEPERTI maklum, dos penggalak (booster) untuk penerima vaksin Covid-19 bertujuan untuk meningkatkan perlindungan kepada virus berkenaan.

Kini kerajaan sedang giat melaksanakan beberapa langkah yang memudahkan orang ramai untuk mendapatkan dos tersebut.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!

Terbaharu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan warga emas di Lembah Klang yang masih belum menerima dos berkenaan boleh mendapatkannya secara walk-in bermula hari ini.

Ia juga tidak perlu menunggu janji temu seperti sebelum ini.

Berikut senarai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dibuka setiap hari kecuali cuti umum;

1. PPV World Trade Centre, Kuala Lumpur (2 petang - 8 malam)

2. PPV Axiata Arena, Bukit Jalil (2 petang - 8 malam)

3. PPV Ideal Convention Centre, Shah Alam (2 petang - 8 malam)

4. Soka Gakkai, Klang (12 tengah hari - 4 petang)

image is not available

Manakala PPV turut dibuka untuk walk-in warga emas bermula 24 Januari di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak.

Namun senarai lengkap PPV Offsite terlibat akan diumumkan oleh ProtectHealth Corporation dalam waktu terdekat.

Warga emas diingatkan perlu mempunyai sijil vaksinasi digital yang lengkap di dalam MySejahtera bagi melancarkan proses vaksinasi.

Justeru, kepada anak-anak bolehlah membawa ibu bapa ke PPV yang tersenarai untuk mendapatkan dos penggalak berkenaan.

Semoga bermanfaat!