
Kota Kinabalu: Dua lelaki dipenjara lima tahun dan diperintah dikenakan sekali sebatan setiap seorang kerana mengambil dadah berulang kali.
Ali Rasid Saddik dan Zawawih Piling @ Eiling mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim, ke atas pertuduhan yang dibuat terhadap mereka.
Ali didapati mengambil dadah itu pada 3 Ogos 2020 selepas air kencingnya diuji positif dadah di balai polis di sini.
Zawawih mengambil dadah pada 29 September 2021 selepas air kencingnya didapati positif dadah di balai polis Beaufort.
Kedua-dua mereka mempunyai beberapa rekod sabitan lampau kerana mengambil dadah.
Kesalahan di bawah Seksyen 39C (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu memperuntukkan hukuman penjara antara lima dan tujuh tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah memerintahkan kedua-dua mereka diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas menjalani hukuman penjara.
Ali dan Zawawih diperintahkan menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
