China Akan Perkenal Rantaian-Blok Khusus Untuk Menyokong NFT

TechnologyDigital
13 Jan 2022 • 9:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

China sedia menghalang penggunaan kriptowang. Namun, mereka masih dilihat menyokong teknologi rantaian-blok. Dengan perkembangan industri NFT di seluruh dunia, kini China merancang memperkenalkan infrastruktur rantaian-blok tersendiri untuk menyokong NFT.

Rantaian-blok ini tidak akan terikat kepada kriptowang. China akan menyediakan infrastruktur berkenaaan, sekaligus membolehkan perniagaan dan individu untuk membangunkan aplikasi, permainan dan sebagainya di atas rantaian-blok berkenaan.

China dilihat akan mengikat ia untuk menggunakan Yuan untuk pembelian.

Rantaian-blok China ini akan dikenali sebagai BSN-DDC (Blockchain Services Network – Distributed Digital Certificate) akan menyokong sejumlah teknologi rantaian, termasuk adaptasi Ethereum, Corda dan beberapa yang lain. Ia akan mengintegrasikan sehingga 10 rantaian padanya.

Walaupun pada hari ini, ramai yang menggunakannya untuk karya digital, namun, di China mereka melihat lebih daripadanya, termasuk untuk pengurusan sijil pembelajaran, pengurusan nombor plat kenderaan, dan sebagainya.

Sebagai contoh, melalui pengurusan kenderaan menggunakan NFT, ia boleh memudahkan pemilik kenderaan, kerajaan, dan syarikat insuran mengakses data seperti nombor enjin, sejarah baik-pulih, jarak pemanduan dan sebagainya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved