Matang Pada Usia Muda, Tegar Mengaku Kahwin Awal Sebab Mahu Elak Daripada Zina

Entertainment
11 Feb 2022 • 12:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nama penyanyi seberang, Tegar Septian kembali disebut-sebut selepas dia diumumkan menjadi salah seorang peserta rancangan realiti, Big Stage 2022.

Mungkin ramai sudah tahu bahawa penyanyi yang dulu popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang itu sudah pun mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang anak.

Ketika ditanya oleh wartawan baru-baru ini mengapa dia memilih untuk berkahwin pada usia yang sangat muda, ini jawapan Tegar

Kerana mahu menghilangkan zina.”

Jawapan dari penyanyi berusia 21 tahun dikatakan menonjolkan sisi matangnya, apatah lagi sejak memiliki anak lelaki.

Bukan itu sahaja, katanya Tegar lagi sejak berkahwin dia sudah jarang keluar melepak di luar dengan kawan-kawan kerana mahu fokus dengan tanggungjawabnya.

Alhamdulillah, sejak mendirikan rumah tangga, saya kerap berada di rumah bersama isteri dan anak. Saya lebih dewasa kerana sentiasa fikirkan tentang keluarga kecil saya.”

Untuk rekod, Tegar mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Sarah Sheilka pada Mac 2020 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Abidzar Oktaviano Putra Septian.

image is not available 6 bulan lalu

"Yang Penting Halal.." - Tegar Septian Kembali 'Busking' Demi Isteri Dan Anak