Poco X4 Pro 5G Bakal Dilancarkan Pada 28 Februari 2022

TechnologyDigital
22 Feb 2022 • 3:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kewujudan Poco X4 Pro 5G boleh dianggap bukanlah suatu perkara yang bahatu. Sebaliknya, sebelum ini rekaannya telah ditemui tertiris dalam beberapa imej sebenar yang tular di arena web. Ia menunjukkan peranti hadir dengan bonggol kamera yang besar tebal pada panel belakang. Pada masa sama, ia juga mempunyai tubuh rata dan berkotak bersama binaan sisi yang melengkung.

image is not available

Enggan terus berteka-teki, Poco kini mengambil pendekatan untuk berkongsi secara terbuka mengenai tarikh pelancaran rasmi. Ia menunjukkan peranti akan diumumkan pada 28 Februari 2022. Menurut spekulasi awal, Poco X4 Pro mungkin dilengkapi skrin 6.67-inci AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz. Turut melengkapinya, cip Snapdragon 695, kamera utama 108MP, bateri 5000mAh dan menjalankan antaramuka MIUI 13 berasaskan Android 11.

Bersama-sama dengannya, sebuah lagi peranti dikenali sebagai Poco M4 Pro turut sama akan diumumkan. Tidak seperti sebelumnya, kita boleh menjangkakan ia adalah Poco M4 Pro dengan sokongan 4G. Tambahan pula, terdapat informasi tertiris mengenainya yang dikhabarkan hadir sebagai sebuah Redmi Note 11S yang di jenama semula.

image is not available

Acara pelancaran bakal diadakan secara dalam talian menerusi beberapa saluran berbeza. Ini termasuklah laman web, Facebook, Twitter dan YouTube rasmi Poco Global. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi untuk ketahui lebih lanjut mengenai penawaran pada kesemua peranti pintar ini.

Sumber : Poco Global