“Macam Mana Boleh Teringat” – 3 Beradik Dikecam Buat Video TikTok Sebelah Jenazah Bapa

Entertainment
15 Feb 2022 • 10:34 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tiga orang individu dipercayai adik beradik menerima kritikan orang ramai selepas memuat naik video TikTok bersama jenazah bapa mereka.

Netizen merasakan tindakan itu keterlaluan kerana mereka menyunting mengikut trend ‘sebelum dan selepas’ yang popular di aplikasi itu.

Sebelum dan selepas

image is not available

Lapor mStar, berdasarkan video itu, pada Oktober 2021 mereka dilihat sedang menari gembira bersama seorang lelaki dipercayai bapa mereka.

Namun, pada Februari 2022, mereka hanya berdiri sambil memakai jubah berpaling memandang jenazah yang kaku.

Video itu bagaimanapun dipadam tidak lama selepas ianya dimuat naik.

“Aku tak boleh brain”

Netizen berpendapat rakaman bersama jenazah adalah sesuatu yang sangat sensitif apatah lagi apabila mereka menyuntingnya sedemikian.

image is not available
Foto: mStar

Netizen juga ‘tak boleh brain’ bagaimana dalam kesedihan ketiga-tiga mereka sempat terfikir untuk buat ‘content’.

image is not available

Terdahulu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pernah menjawab persoalan mengenai memuat naik video orang meninggal dunia sebagai kenang-kenangan di media sosial.

Kredit: mStar Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.