“Langsung tak kurang markah kecomelan” – Jom Kenali 6 Baka Kucing Tanpa Ekor

26 Feb 2022 • 3:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selain jenis British Shorthair, kucing Parsi dan Scottish Fold, berapa banyak lagi baka kucing yang korang tahu ?

Ha, kali ini kami di Lobak Merah nak kongsikan pengetahuan baru dengan anda tentang enam jenis baka kucing yang tetap comel dengan keunikannya walaupun tiada ekor atau ekornya pendek.

Jom kita tengok satu-satu kecomelan si bulus ini.

#1 Kucing Manx

Si comel tanpa ekor ini dikatakan telah berasal dari Isle of Man yang terletak di antara United Kingdom dan Ireland. Gambar baka kucing ni juga telah banyak menghiasi setem dan kedai-kedai di sana.

image is not available

Menurut Hai Meow, kucing Manx ini sangat setia dan merupakan pemburu tikus yang hebat.

Selain itu, ia juga gemar bersosial, jadi kalau anda membela kucing jenis ini, pastikan anda tak biarkan ia bermain sendirian. sebab mungkin ia boleh stres pula.

Namun, ada juga sesetengah baka kucing ini yang tetap mempunyai ekor walaupun pendek.

#2 Kurilian Bobtail

Kucing dari kepulauan Timur Rusia ini pula ada ekor namun ekornya sangat pendek yang berbentuk bulat seakan bentuk pom pom. Kalau tengok sekali imbas, macam tak perasan pun ia ada ekor comel.

Ia dikatakan sangat kuat, pandai memburu dan boleh berkawan baik dengan haiwan lain termasuklah anjing, lapor Pet Keen.

image is not available

Ramai manusia suka kucing ni sebab ia sangat suka bersosial. Warna bulunya pun comel, antaranya merah dan kelabu.

#3 Pixie Bob Cat

Walaupun nampak macam kucing garang, si bulus ini merupakan kucing domestik dan boleh dipelihara secara sah. Ia dikatakan mempunyai jangka hayat antara 13-15 tahun, lapor The Spruce Pets.

image is not available

Si manja ini juga gemar berada berdekatan orang ramai dan suka bermain.

#4 Kucing American Bobtail

Mempunyai jangka hayat hidup antara 13-15 tahun, kucing dengan baka jenis ini mempunyai ekor yang sangat pendek. Ia juga sangat penyayang dengan tuannya tau.

Selain itu, ototnya agak tebal malah bulunya yang gebu menampakkan kucing ini besar dari saiz sebenar.

Difahamkan, baka kucing ini mula dibiakkan sekitar tahun 1960 oleh satu pasangan dengan menggabungkan kucing bobtail dengan kucing bobtail jalanan.

#5 Kucing Japanese Bobtail

Saiz si comel ini pula adalah lebih kecil berbanding kucing American Bobtail dan ekornya pula lebih kontot dan gemuk. Ada yang kata ekornya hampir menyerupai seperti ekor arnab.

Kucing Japanese Bobtail ini ada hadir dengan macam-macam warna bulu walaupun kebanyakannya adalah berwarna calico atau 3 warna.

#6 Kucing Cymrics

Si bulus dengan baka ini dikatakan tampak lebih besar dari saiznya yang sebenar sebab ia mempunyai bulu yang panjang.

Seperti baka kucing Manx, ada kucing Cymrics yang tak ada ekor langsung dan ada juga yang mempunyai ekor yang sangat pendek.

Dengar kata, baka kucing ni tak berapa suka sangat nak bermain dengan pelbagai aktiviti tapi ia sangat setia tau.

So, kucing mana satu yang paling comel di mata korang?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article