Ratu Cantik Rusia Tak Boleh Tutup Mata Atau Senyum Lepas Buat Pembedahan Plastik

Entertainment
23 Feb 2022 • 4:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pembedahan plastik ni walaupun boleh ubah wajah kita mengikut apa yang kita nak, ia juga ada risiko yang sangat besar.

Macam baru-baru ni, seorang bekas ratu cantik Rusia telah mendedahkan apa yang dia alami selepas dia menjalani beberapa prosedur pembedahan plastik di sebuah klinik di Rusia.

Menurut Yulia Tarasevich, selepas selesai membuat pembedahan menegangkan muka, memperbetulkan kelopak mata dan membuang lemak, mukanya telah menjadi sangat bengkak dan rasa terbakar, lapor Daily Mail.

image is not available

Saya datang dengan muka yang cantik dan sihat. Saya hanya nak betulkan beberapa benda yang berlaku disebabkan usia yang semakin meningkat, tapi saya hilang kesihatan.”

Jelasnya lagi, ibu kepada dua orang anak ini sekarang dah tak boleh gerakkan sebahagian besar mukanya atau pun menutup matanya walaupun telah sembuh sepenuhnya dari pembedahan tersebut.

Malah, wanita ini juga turut membelanjakan wang sebanyak £20,000 (RM113,823.84) bagi memperbetulkan semua wajahnya ke rupa asal namun tak berjaya.

Disebabkan ini, Yulia telah membuat keputusan untuk memfailkan aduan jenayah ke atas dua orang doktor yang terlibat dalam pembedahannya itu walaupun doktor tersebut mengatakan komplikasi itu berlaku disebabkan oleh masalah genetik yang gagal dikesan awal.

image is not available

Mata saya tak boleh tutup, saya tak boleh senyum. Saya tak boleh gerakkan bibir atas dan sebelah muka saya tak berfungsi langsung.

Saya pernah buat pembedahan sebelum ini dan tak ada jadi perkara ini, tak ada masalah dengan genetik.”

image is not available

Bukan itu sahaja, dakwaan doktor tersebut tentang masalah genetik yang dihidapi oleh Yulia juga masih belum terbukti sehingga kini. Disebabkan doktor-doktor ini seperti tak mahu bertanggungjawab atas apa yang berlaku terhadapnya, Yulia mengatakan dia bersedia ke mahkamah.

Bekas ratu cantik ini dikatakan tak akan dapat semula wajah asal sebelum pembedahan.

Adui, kesiannya. Tak pasal-pasal je jadi macamtu!

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.