Dapat No 1 Sejak Dari Tahun 1 & Raih 10A, Ini ‘Rahsia’ Kejayaan Anak-anak Dr Sheikh Muszaphar

24 Feb 2022 • 3:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sering berkongsi mengenai pengalaman kehidupan harian, ramai yang terinspirasi dengan Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya, Dr Harlina dalam mendidik anak-anak.

image is not available

Satu posting terbaru yang menarik perhatian ramai ialah berkenaan kedua-dua anak perempuan pasangan ini iaitu Tasha dan Bella yang mendapat keputusan yang cemerlang di sekolah.

 

Dapat nombor 1 sejak Tahun 1 & 10A dalam peperiksaan

Menerusi postingnya di Instagram, Dr Sheikh Muszaphar mendedahkan yang dia sangat berbangga dengan kedua-dua anaknya ini apabila mereka mendapat 10A dalam peperiksaan dan jadi pelajar cemerlang bagi Tahun 2 dan 4.

Malah lebih mengejutkan, sama ada Tasha dan Bella, kedua-dua konsisten mendapat nombor 1 dalam kelas sejak dari Tahun 1 lagi! Wow hebat!

image is not available

Oleh itu, suami kepada Dr Harlina ini berkongsi rahsia bagaimana anaknya sering cemerlang tak kiralah dalam bidang pelajaran dan juga sukan.

Menurutnya, anaknya Bella seorang yang sangat fokus di dalam kelas dan perkara ini juga diikuti oleh adiknya, Tasha yang seringkali cuba bersaing dengan kakaknya.

Tambahnya lagi dalam satu posting lain, beliau juga tidak menitik beratkan peperiksaan semata-mata tapi pada masa yang sama cuba menerapkan nilai murni seperti bersopan santun, merendah diri, menghormati orang lain dan banyak lagi.

Perkongsian dari Angkasawan Negara ini mendapat pujian daripada netizen yang mana rata-rata sangat bersetuju dengan apa yang dikatakannya dan mahu menjadikan ia sebagai inspirasi dalam mendidik anak-anak mereka juga.

Dr Sheikh Muszaphar yang bernikah dengan isterinya pada 2010 itu telah dikurniakan enam cahaya mata yang terdiri daripada 2 orang perempuan, sepasang kembar lelaki dan sepasang lagi kembar lelaki dan perempuan.

Tahniah buat doktor dan isteri atas kejayaan anak-anak!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.