Volkswagen Golf R, anda bayar RM1.13K untuk setiap kuasa kudanya

Cars
17 Feb 2022 • 12:38 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Bersama-sama dengan pelancaran Golf GTI dan Golf R-Line, Volkswagen turut mengejutkan hadirin apabila turut melancarkan ahli paling berkuasa siri itu, Golf R untuk pasaran Malaysia.

Unit yang disediakan untuk pasaran kita adalah terhad kerana ia adalah kenderaan import sepenuhnya. Tanda harga yang dipegang kereta ini adalah RM357.5k dan tempahan untuk memilikinya sudahpun dibuka.

Volkswagen Golf R di Malaysia

Sebagai ahli paling premium dalam sirinya, Golf R dilengkapi dengan paling banyak ciri-ciri menarik. Kuasanya dijana daripada enjin 2.0L turbocharged yang bergandingan bersama kotak transmisi DSG 7 kelajuan macam Golf GTI. Gandingan ini memuntahkan kira-kira 320PS (315hp) dengan daya kilas setinggi 400Nm.

image is not available

Membekalkan bahan api kepada enjin kereta ini adalah tangki petrol 50L dengan kadar penggunaan dimaklumkan pada paras 12.8km untuk setiap liter.

image is not available

image is not available

Golf R kali ini dilengkapi teknologi 4Motion yang baharu. Ia ada ciri tambahan yang bernama Performance Torque Vectoring. Dengan ciri ini, kuasa daripada transimisi diagihkan kepada semua roda untuk cengkaman lebih bagus sewaktu memandu. Lebih baik, Torque Vectoring membolehkan penghantaran kuasa dikawal bagi setiap roda bagi mengoptimumkan pemanduan terutamanya di selekoh.

Di dalam kabin, perkakasan mirip Golf GTI boleh ditemui. Tapi, Golf R ada kelebihan kerana ia ada mode Sport yang tiada pada dua saudaranya yang lain. Driver's Workspace kereta ini dilengkapi speedometer 10" dengan infotainment juga bersaiz 10". Menjadi pelengkap kepada ciri premium kereta ini adalah 10 speaker Harman Kardon dengan kuasa 480W.

image is not available

Pada ciri keselamatan, Golf R masih tidak dilengkapi ciri pemanduan pintar berautonomi. ciri keselamatan asas yang hadir adalah seperti 6 beg udara, Electronic Stability Control (ECS) dan Intelligent Crash Response System (ICRS).

Bacaan berkaitan