Volkswagen Malaysia GTI dan R-Line Mk8 dilancar lebih murah dek pemasangan tempatan, harga bemula RM155 ribu

Cars
17 Feb 2022 • 11:01 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Volkswagen Malaysia telah melancarkan beberapa model Golf yang akan menemui peminat kereta itu di sini dalam tahun 2022. Menariknya tentang pelancaran kali ini adalah, 2 daripada 3 model yang dilancarkan adalah versi pemasangan tempatan di kilang yang letaknya di Pekan, Pahang.

Makanya, anda beroleh manfaat pelepasan cukai SST sepenuhnya dan ia diterjemah kepada harga lebih murah. Sekiranya anda berminat untuk melihat mana-mana model yang dilancarkan dengan lebih dekat, anda boleh pergi ke laman e-Showroom Volkswagen untuk maklumat lanjut.

Volkswagen Golf R-Line Mk8 di Malaysia

Golf R-Line adalah versi termurah dalam kalangan tiga yang dilancarkan. Tempahan untuk memilikinya sudahpun dibuka dan harganya adalah RM155 ribu hingga RM165 ribu. Sebagai perbandingan, Golf R-Line generasi terdahulu memiliki tanda harga sekitar RM173 ribu. Bersama-sama dengan pembelian itu, anda terima penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan, dan bantuan tepi jalan 5 tahun.

image is not available

Di bahagian luar kereta, saya gemarkan kemasan lampu pemanduan siang (DRL) yang menyala merentasi bahagian depan kereta tapi di bahagian-bahagian lain ia masih mengekalkan DNA Golf sedia ada. Beralih ke kabin, kluster butang sesentuh dan tombol pemandu digelar pengeluarnya sebagai "Driver's Workspace". Ia dilengkapi panel speedometer digital sepenuhnya bersaiz 10.25". Paparan tengah kabin adalah sebesar 10" dan ia menyokong Android Auto dan Apple CarPlay.

image is not available

Selain menggunakan sentuhan, arahan kepada sistem kereta boleh diberikan menggunakan suara. Antara ciri yang didemonstrasikan adalah mengubah kekuatan pendingin hawa.

image is not available

Dalam kategori prestasi, sebuah enjin 1.4L TSI dengan penujah turbo digunakan. Kuasa yang dijana disalurkan kepada roda melalui transmisi automatik 8 kelajuan dan bukannya transmisi DSG seperti dalam generasi sebelumnya. Berdasarkan data yang dikongsikan, sistem ini menghasilkan 150PS kuasa dengan daya kilas setinggai 250Nm. Dalam pemanduan optimum, kereta ini boleh bergerak sejauh 17.2km untuk setiap liter.

image is not available

Ciri-ciri keselamatan asas hadir pada kereta ini. Anda beroleh Electyronic Stability Control, Post Collision Braking System, Electronic Differential Lock (XDS) bersama-sama 6 beg udara. Namun, ia ketandusan ciri keselamatan pintar berautonomi seperti autonomous emergency braking, lane keep assist, dan adaptive cruise control. Myvi 2022 yang berharga bawah RM60 ribu pun ada beberapa ciri pintar yang disebutkan tadi.

Volkswagen Golf GTI Mk8 di Malaysia

Ini adalah kereta yang nampak baik di luar tapi garang di dalam. Ia ada enjin 2.0L dengan penujah turbo dan sistem transmisi DSG 7 kelajuan. Gabungan sistem itu mampu memuntahkan 245PS bersama-sama daya kilas 370Nm.

image is not available

Tangki minyaknya 50L jadikannya stabil untuk dikendali. Penggunaan minyaknya dimaklumkan pada kadar sekitar 14km untuk setiap liter.

Di bahagian dalam, Golf GTI Mk8 ada perkakasan hampir sama dengan saudara R-Line. Anda dapat "Driver's Workspace" dengan panel speedo 10.25" dan skrin infotainment sebesar 10".

image is not available

Golf GTI Mk8 adalah GTI yang pertama dipasang di kilang selain Jerman dan China. Harganya untuk pasaran Malaysia adalah RM211.6K berbanding RM233.9 untuk generasi sebelumnya yang diimport sepenuhnya.

image is not available