Rekaan Oppo Pad Diperlihatkan – Lengkap Dengan Sokongan Stylus

TechnologyDigital
21 Feb 2022 • 6:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Oppo telah mengesahkan yang mana mereka bakal hadir dengan penawaran tablet tersendiri tidak lama lagi. Bukan sahaja nama rasmi, tetapi rekaan pada tablet turut telah diperlihatkan sepenuhnya menerusi perkongsian di Weibo. Dikenali sebagai Oppo Pad, ia menunjukkan tablet hadir dalam dua kemasan warna iaitu hitam dan ungu. Bersama-sama dengannya, ia turut menampilkan sedikit kelainan menerusi kemasan dengan penjenamaan Oppo yang berkilat.

image is not available

Seterusnya, tablet juga hadir dengan rekaan rata pada bahagian hadapan dan belakang, bersama sisi yang membulat di keempat-empat sisi. Turut kelihatan, terdapatnya sokongan kamera utama tunggal bersama sokongan LED Flash pada panel belakangnya. Sisi bawah pula menempatkan port sambungan USB-C yang diapit dengan dua pembesar suara.

Kemudian, panel hadapan pula menunjukkan saiz bezel adalah kelihatan agak nipis dan seimbang pada keempat-empat sisi. Dalam pada itu, Oppo Pad juga kelak didatangkan dengan sokongan stylus. Ianya akan dikenali dengan nama rasmi sebagai Oppo Pencil. Namun begitu, masih tidak jelas sama ada ia disertakan secara terbina atau perlu didapati secara berasingan.

image is not available

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya pada 24 Februari bagi mengetahui penawarannya dengan lebih lanjut. Sekadar selingan, terdapat juga beberapa produk lain yang turut sama dilancarkan pada tarikh tersebut – ini termasuklah siri Oppo Find X5, Oppo Watch 2 dan Oppo Enco X2.

Sumber : Weibo