Samsung beri 4 kali naik taraf Android, Siri Samsung Galaxy S22 dilancar & butang Downvote Twitter | SBM #55

Digital
16 Feb 2022 • 1:42 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Antara berita yang diketengahkan dalam video minggu ini ialah, model Samsung apa yang terima 4 kali naik taraf Android dan 5 tahun kemaskini keselamatan? Perkhidmatan kerajaan terima bayaran guna e-wallet? Apa fungsi butang Downvote di Twitter? dan banyak lagi berita lain yang dikongsikan.

1. Beli Garmin Venu 2 Plus dan dapat pelitup muka eksklusif Jovian

Garmin Malaysia umum penjualan jam tangan penjejak kesihatan Garmin Venu 2 Plus dan Vivomove Sport. Mereka juga umumkan kerjasama dengan pereka fesyen Jovian Mandagie untuk sertakan 30 keping pelitup muka Jovian dengan setiap pembelian Venu 2 Plus.

Berita penuh di sini.

image is not available

2. Perkhidmatan kerajaan kini terima bayaran menggunakan e-wallet

Kini bayaran menggunakan e-wallet akan turut diterima di semua kementerian persekutuan dan jabatannya. Kerajaan juga akan tanggung sebarang caj perkhidmatan e-wallet, kecuali untuk resit bukan hasil seperti bayaran balik pinjaman. 

Berita penuh di sini.

3. Siri Samsung Galaxy S22 & Siri Samsung Galaxy Tab S8

Samsung lancarkan telefon pintar Galaxy S22, Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra, serta umumkan kedatangan tablet siri Galaxy Tab S8. Semua peranti ini dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1.

Maklumat lanjut di bawah:

4. Samsung beri 4 kali kemaskini Android dan 5 tahun kemaskini keselamatan

Samsung umumkan jaminan untuk beri kemaskini OS sebanyak 4 kali dan kemaskini keselamatan selama 5 tahun bagi peranti mereka yang baru dilancarkan. Beberapa model lama turut dimasukkan ke dalam jaminan ini. Untuk peranti boleh pakai mereka, sehingga 4 tahun kemaskini akan diberikan kepada Galaxy Watch 4 dan Galaxy Watch 4 Classic, serta peranti Galaxy Watch yang akan dilancarkan selepas ini. 

Maklumat penuh di bawah:

5. Siri Redmi Note 11: Maklumat penjualannya di Malaysia

Xiaomi Malaysia mengumumkan ketibaan 4 varian Redmi Note 11, iaitu Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro, Redmi Note 11S dan Redmi Note 11. Anda boleh dapatkannya dengan harga serendah RM749.

Maklumat lanjut di sini.

image is not available

6. Tetikus Logitech Signature M650 miliki hayat 24 bulan, pilihan dua saiz dan butang tanpa bunyi

Logitech perkenalkan tetikus tanpa wayar baharu di Malaysia, Logitech Signature M650. Ia datang dalam dua saiz M dan L, kedua-duanya berharga RM159. Ia ada teknologi SilentTouch, menjadikan butang ditekan pada tetikus menghasilkan bunyi yang sangat rendah.

Maklumat penuh di sini.

image is not available

7. Twitter sediakan butang Downvote, fungsi sama seperti Dislike di YouTube

Twitter kini sedang menguji butang Downvote iaitu butang tidak suka, kepada lebih ramai pengguna di seluruh dunia. Butang ini ada di Tweet di bahagian Reply, tiada di Tweet utama.

Berita lanjut di sini.