Netizen Tumpang Bangga Tengok Mesut Özil Muat Naik Gambar Masjid Ubudiah Kuala Kangsar

Entertainment
5 Feb 2022 • 1:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bekas pemain kebangsaan Jerman Mesut Ozil telah memuat naik sekeping gambar di akaun media sosialnya mendoakan kebaikan sempena penghulu segala hari, Jumaat, semalam.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah gambar karikatur Ozil itu berlatarbelakangkan Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Perak. Korang boleh tengok gambar yang dimuatnaik di Twitter @MesutOzil1088 kat bawah ni.

 

Tumpang bangga

Rata-rata netizen yang memberi komen balas untuk gambar bekas bintang Arsenal ini turut mengaminkan doa beliau. Tak kurang juga netizen-netizen Malaysia yang turut berbangga dengan gambar ini. Mana tidaknya, background pun gambar masjid dari negara kita kan.

image is not availableSekali imbas gambar tu nampak macam kenal background masjid tu. Rupa-rupanya memang masjid tempat kita. Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar Perak.

image is not availableItulah kan, siapa sangka bekas pemenang Piala Dunia tiba-tiba ada kat Malaysia. Dalam banyak-banyak tempat kat Malaysia, Kuala Kangsar pulak tu yang dipilihnya, terus bangga.

image is not availableKalau betul Ozil ada kat Perak, memang habis semua orang panggil dia Yob Ozil. Jangan sampai dia pandai cakap loghat Perak sudah, terus melekat nanti tak boleh tukar dah.

image is not availableHaa… kan sama tu gambar masjid ni dengan background gambar Ozil tu.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.