Jumpa 'mayat' berbungkus rupanya...

9 Feb 2022 • 8:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Pihak polis mengesahkan menerima laporan berkenaan penemuan sebuah objek seperti mayat manusia berhampiran sebuah kedai motosikal di Seksyen 27 di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, bagaimanapun selepas diperiksa 'mayat' tersebut hanyalah sebuah patung perempuan yang dibungkus dengan plastik.

"Satu bungkusan menyerupai mayat manusia dijumpai di Seksyen 27 pada 8 Februari jam 3 petang oleh petugas Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Waste Management Sdn Bhd.

"Hasil pemeriksaan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mendapati bungkusan tersebut hanyalah berisi patung lilin berbentuk perempuan yang dibalut dengan kain selimut dan plastik," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, kejadian tersebut diklasifikasikan sebagai 'no offence disclosed' (NOD) berikutan tiada sebarang kesahan jenayah dalam kes tersebut.

"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung gambar tersebut," katanya.

Kejadian tersebut turut tular selepas gambar penemuan 'mayat' berkenaan dimuat naik oleh beberapa pengguna media sosial.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved