Peniaga Mengamuk Serang Wanita Lepas Ditegur Berniaga Dekat Parking Lot

Entertainment
10 Feb 2022 • 6:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kita sedia maklum bahawa salah satu masalah yang rakyat Malaysia kena hadap adalah nak cari parking, tak kira lah dalam mall, lot kedai, kadang-kadang dekat rumah pun ruang terhad.

Jadi, ada kemungkinan kita naik angin bila nampak kosong tapi rupanya ada orang guna sebab itu adalah hak milik orang awam macam satu kes yang terjadi baru-baru ini.

 

Tak puas hati kena tegur berniaga atas parking.

Insiden itu dikongsikan menerusi Facebook Inforoadblock dimana berlaku satu pergelutan antara seorang lelaki dan wanita disebabkan kes tak puas hati sebab ditegur berniaga di parking lot.

Dalam video tersebut dilihat ada seorang wanita keluar dari kereta sebelum dikatakan ‘bertekak’ peniaga tersebut, dilihat ada 3 individu sedang berbincang sebelum salah seorang daripadanya tendang kotak. Keadaan menjadi lebih tegang apabila ada wanita melakukan aksi agresif disitu.

Rakaman CCTV kes berlaku pergaduhan pada petang semalam susulan tidak puas hati apabila ditegur supaya tidak berniaga di kawasan parking hadapan sebuah kedai..image is not availableterus skip ke 4:22 aksi bergasak berlangsung..#inforoadblock

Posted by Inforoadblock on Wednesday, February 9, 2022

Kemudian, wanita yang dipercayai pemandu kereta tersebut menolak salah satu bakul jualan sebelum dia ditolak oleh seorang lelaki sampai jatuh ke lantai, lalu berlaku lah pergelutan.

Biarpun lokasi masih belum dikenal pasti, waktu kejadian dikatakan berlaku pada petang semalam dan video ini telah meraih perhatian netizen sehingga mendapat 2.6K jumlah tontonan dalam masa 4 jam ia dimuat naik.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyebelahi wanita (pemandu kereta) itu kerana tindakan peniaga itu adalah salah.

 

Padan muka – Netizen

image is not available

image is not availableimage is not available

Haih, harap kedua-dua pihak ni dapat lah berbincang dengan baik dan harap pada mereka yang berniaga pun pilihlah tempat yang sebetulnya.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.