Covid-19: 9 pemain, 3 pegawai Skuad B-23 'terkandas' di Phnom Penh

25 Feb 2022 • 11:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SEMBILAN pemain dan tiga pegawai pasukan bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) yang menyertai Kejuaraan B-23 Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) 2022 di Phnom Penh, Kemboja terpaksa menunggu lebih lama untuk kembali ke tanah air setelah positif Covid-19.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi hantaran di laman Facebook rasminya malam Khamis, memaklumkan semua 12 individu itu disahkan positif Covid-19 oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan AFF.

Justeru, mereka perlu menjalani kuarantin di Phnom Penh sehingga pulih sebelum dibenarkan pulang.

Difahamkan, pengurus pasukan, Datuk Posa Majais antara pegawai yang dijangkiti Covid-19.

Pada masa sama, baki 19 pemain skuad bimbingan Ketua Jurulatih Brad Maloney tidak berdepan halangan dan telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam Khamis.

Penerbangan diuruskan oleh Malaysia Airlines yang merupakan rakan penerbangan rasmi FAM.

Malaysia menamatkan kempen Kejuaraan B-23 AFF 2022 lebih awal apabila gagal mara ke peringkat separuh akhir selepas mencatat dua kekalahan kepada Laos dalam saingan Kumpulan B. - Bernama