BATC: Aidil Sholeh sumbang mata pertama negara

17 Feb 2022 • 5:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PEMAIN muda negara, Aidil Sholeh Ali Sadikin menewaskan pemain Kazakhstan, Niyazov Artur 21-11, 21-12 pada kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC), di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam sebentar tadi.

Aidil yang beraksi selaku perseorangan pertama dilihat tidak berdepan masalah untuk menewaskan Niyazov bagi menyumbang mata pertama skuad negara.

Kejayaan pemain muda berusia 18 tahun itu, diharap menyuntik semangat rakan-rakan lain untuk beraksi dengan lebih bersemangat selepas ini dan menjamin kejayaan skuad badminton negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved