
Kebiasannya, hadiah kahwin yang diberikan kepada pasangan pengantin adalah barangan rumah, atau keperluan harian yang bakal memudahkan mereka.
Namun, lain pula ceritanya buat Geng Isarb apabila mereka menghadiahkan jongkong emas seberat 1 kilogram kepada salah seorang ahli mereka yang sudah berkahwin, Shah.
Menerusi hantaran di Instagram dan TikTok, Shah mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakannya kerana memberi hadiah kahwin yang begitu unik. Dia turut menganggap ini adalah satu bentuk rezeki selepas kahwin.

@isarbshah Alhamdulilah rezeki kahwin
thankyou sahabat @isaisarbofficial @isarb_naveind @isarbkz @isarbhafiz
Menariknya, Geng Isarb ada mengukir nama mereka serta ucapan ‘Happy Marriage Life Isarb Shah & Zyma’ pada jongkong emas seberat 1 kilogram itu.
Lebih lucu, turut terukir simbol gurauan kasar kepada Isarb Shah kerana sudah meninggalkan Isarb Mansion, yang difahamkan rumah mereka semua untuk berkumpul.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet ‘ternganga’ melihat hadiah kahwin yang diberikan oleh Geng Isarb ini.
“Anggaran RM238k++ ni”, tulis seorang warganet yang menganggar harga jongkong emas seberat 1 kilogram itu.
Apa-apa pun, tahniah kepada pasangan pengantin ini! Perkongsian ini menjadi bukti kepada kita semua bahawa nilai persahabatan adalah lebih tinggi daripada wang ringgit.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
