Menangis Time Exam, Tadika Tolak 3 Markah Atas Sebab Ganggu Konsentrasi Pelajar Lain

Entertainment
6 Feb 2022 • 11:09 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Konsentrasi ketika sedang menjawab peperiksaan adalah sangat penting. Oleh kerana itu, kawasan peperiksaan biasanya akan dibiarkan senyap tanpa sebarang gangguan dan bunyi bagi memberikan ruang untuk pelajar duduk dan menjawab exam dengan tenang.

Memandang serius situasi itu, sebuah pusat prasekolah di Thailand mengambil tindakan luar jangkaan dan peraturan ketat dengan menolak markah peperiksaan sekiranya pelajar didapati menangis ketika menduduki ujian.

image is not available

Menurut laporan dari Kosmo!, tadika yang terletak di Maha Sarakham dalam wilayah timur laut Thailand itu bertindak menolak tiga markah bagi kanak-kanak antara tiga dan lima tahun sekiranya mereka didapati menangis ketika menduduki ujian.

image is not availableBerkata kepada sumber, pengarah tadika tersebut menegaskan, polisi itu diwujudkan bagi memastikan peperiksaan berlangsung secara adil dan memberi ruang untuk pelajar-pelajar lain mempunyai konsentrasi yang tinggi ketika menjawab peperiksaan.

Walaupun polisi ini telah dilaksanakan saban tahun, namun pihak tadika akan menyemak semula polisi ini selepas menerima kecaman orang ramai.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.