Hanya peralatan sembahyang terbakar di kuil Kek Lok Si

4 Feb 2022 • 9:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

GEORGE TOWN - Hanya alat perkakasan sembahyang di luar Kuil Kek Lok Si yang berusia 131 tahun di Air Itam di sini musnah dalam kebakaran tengah malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, kebakaran dipercayai berlaku pada 12.50 tengah malam itu tidak melibatkan struktur bangunan terdapat di kuil tersebut seperti yang tular kononnya bangunan rumah ibadat berkenaan terbakar.

"Apabila pasukan bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian mendapati terdapat kebakaran melibatkan alat perkakasan sembahyang di luar kuil dan ia tidak melibatkan struktur. Tiada mangsa terlibat dalam kebakaran tersebut.

"Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak pada 12.56 tengah malam dan api dipadamkan sepenuhnya kira-kira 11 minit kemudian. Kerja-kerja overhaul selesai dan operasi ditamatkan sepenuhnya 1.30 pagi tadi," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Beliau berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved