Terkandas Akibat Laut Bergelora, Pelancong Pulau Perhentian Diselamatkan

28 Feb 2022 • 3:08 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Kesemua 385 pelancong yang terkandas di Pulau Perhentian di sini sejak Jumaat lepas kini sedang dibawa keluar daripada pulau tersebut mulai pagi ini.

Presiden Persatuan Premis Penginapan Pulau Perhentian Abdul Aziz Che Abdullah berkata kesemua pelancong termasuk 18 kanak-kanak dan dua bayi itu dibawa keluar menggunakan 15 bot pelancong bermula 7.30 pagi tadi.

Keadaan semasa laut bergelora:

"Keadaan cuaca yang baik dan laut yang tidak lagi berombak kuat membolehkan kita bawa keluar semua pelancong tersebut. Kesemua 15 bot itu akan berulang-alik dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut sehingga semua pelancong selamat keluar daripada pulau ini," katanya hari ini.

Kesemua pelancong yang menginap di 19 hotel dan resort di Pulau Perhentian itu terkandas sejak Jumaat lepas ekoran keadaan laut bergelora dan angin kencang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved