“Ombak Dan Angin Terlalu Kuat..” – Percutian Bertukar Tragedi, Ramai ‘Tersangkut’ Di Pulau Perhentian

28 Feb 2022 • 11:51 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Gara-gara hujan berterusan, angin kencang dan ombak besar yang melanda beberapa kawasan di negeri Pantai Timur ketika ini telah menyebabkan ramai pelancong terperangkap, terutamanya di Pulau Perhentian.

Menurut laporan Utusan TV, seramai 385 pelancong termasuk 18 kanak-kanak dan dua bayi telah terkandas di Pulau Perhentian sejak hari Jumaat yang lalu.

image is not available

Sumber : TikTok Astro Awani  

Ujar Presiden Persatuan Premis Penginapan Pulau Perhentian Abdul Aziz Che Abdullah, keadaan laut yang bergelora dan angin kecang telah menyebabkan operasi perkhidmatan bot di pulau itu dihentikan buat sementara waktu.

 

Pelancong-pelancong tersebut menginap di 19 hotel dan resort di Pulau Perhentian. Mereka terdiri daripada pelancong dari dalam dan luar Terengganu. Alhamdulillah keadaan mereka semua selamat dan baik.

Jelasnya lagi, para pelancong yang terjejas akan dibawa pulang ke tanah besar pada hari ini dan segala perancangan ke arah itu bergantung kepada maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia.

“Jika keadaan memaksa, mungkin kita akan minta kapal-kapal besar daripada maritim ataupun daripada polis marin untuk membawa pelancong keluar dari pulau ini.” katanya Abdul Aziz.

image is not available 2 hari lalu

(VIDEO) "Masuk Masjid Macam Pengganas Besar" - Polis Siasat Individu Rakam Anggota Pantau SOP

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved