Realme C35 Kini Rasmi – Dijana Cip Unisoc T616, Kamera 50MP, Bateri 5000mAh

TechnologyDigital
10 Feb 2022 • 7:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Realme C35 akhirnya diumumkan secara rasmi di Thailand, hari ini. Peranti pintar ini hadir dengan rekaan sisi tubuh yang kini rata dan berkotak. Di samping, beberapa penawaran menarik utama seperti kamera 50MP dan bateri 5000mAh.

image is not available

Untuk spesifikasi khusus, Realme C35 dilengkapi skrin sebesar 6.6-inci LCD dengan resolusi FHD+ (2408 X 1080 piksel). Ia juga dijana dengan cip Unisoc T616, memori sehingga 6GB RAM dan storan dalaman mencapai 128GB. Turut melengkapinya, ruang memori tambahan menerusi kad mikroSD mencapai 1TB.

Sistem tri-kamera utama digunakan dengan tetapan 50MP (utama) + 2MP (makro) + 2MP (B&W). Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 8MP. Lain-lain spesifikasi adalah bateri 5000mAh dengan pengecasan 18W, Bluetooth 5.0, port sambungan USB-C, bicu audio 3.5mm dan sebagainya.

image is not available

Realme C35 dijual pada harga bermula TBH5,799 (~RM744) dengan beberapa pilihan warna seperti hijau serta hitam. Buat masa ini, ia hanya ditawarkan di Thailand dan belum ada sebarang informasi lanjut mengenai ketersediaannya untuk pasaran Malaysia.