“Dia buat benda betul” – Bimbang Berdepan Undang-undang, Ibu Sajat Tak Pernah Pujuk Anak Pulang

Entertainment
14 Feb 2022 • 11:57 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bulan berganti bulan dan kita memasuki tahun baru, kisah mengenai usahawan kosmetik penuh kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman masih menjadi bualan ramai.

Menerusi satu temubual dengan ibu Sajat, Maimon Omar, 66, bersama mStar, ibu kepada usahawan ini mengakui yang dia tidak pernah sekalipun memujuk anaknya pulang ke tanah air setelah menetap kini di Australia atas beberapa sebab tertentu.

image is not available

 

Bimbang anak berdepan tindakan undang-undang

Menurut Maimon, dia lebih rela anaknya kekal di Australia kerana bimbang bakal berdepan dengan tindakan undang-undang jika Sajat pulang ke Malaysia.

Tak… memang saya tak pujuk dia balik. Saya tahu risiko dia. Saya tak nak pujuk, biar dia buat sendiri hal dia.

“Saya tengok rezeki dia lagi melimpah ruah daripada dia kat Malaysia. Maju betul dia kat sana, saya betul-betul bangga dengan dia,” kata ibunya.

 

“Kami kerap berhubung, rasa macam dia ada kat sini”

Maimon bersama suami dan dua anak angkat Sajat, Syahmi dan Syaza yang berusia 7 tahun kini tinggal di banglo mewah milik Sajat di Kota Damansara yang kini dalam proses untuk dijual dengan harga RM9.5 juta itu.

Menurutnya, sebagai ibu, doa dan restunya sentiasa bersama Sajat walau apa pun yang terjadi.

“Kami kerap berhubung, rasa macam dia ada kat sini saja. Apa-apapun dia cerita, apa dia nak buat dia beritahu… minta restu dan doa.

“Apa sahaja saya reda. Apa yang jadi dekat rumah dia, orang buat apa pun saya reda. Itu sahaja jalan terbaik.

“Kita tak nak burukkan sesiapa. Buat sajalah apa yang kau rasa nak buat. Apabila kau buat, Allah akan datangkan rezeki,” katanya.

image is not available
Maimon bersama anak-anak angkat sajat

Berdepan dengan kecaman yang sering dilemparkan banyak pihak terhadap Sajat dan keluarganya, Maimon walau bagaimanapun memilih untuk tidak ambil tahu akan kata-kata orang.

Dia mengakui sudah lali dengan hal tersebut dan sebagai ibu, dia lebih mengetahui apa yang berlaku terhadap Sajat.

“Tak mengapa, orang yang kata tu mereka yang akan tanggung. Saya dah lali tak kisah apapun, orang kata apa pun saya tak kisah… saya tahu apa dia buat,” katanya lagi.

Apa-apapun sebaiknya kita janganlah terlalu menghina, doakan saja yang terbaik dan semoga Sajat kembali ke pangkal jalan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.