Polis nafi tidak ambil tindakan kes pukul

9 Feb 2022 • 1:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan tidak mengambil tindakan berkaitan penularan sebuah video yang memaparkan beberapa kejadian individu dipukul oleh pihak yang didakwa ahli kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, semakan mendapati video durasi empat minit 59 saat itu mengandungi rangkuman beberapa kejadian jenayah yang dikenal pasti berlaku di sekitar Selangor dan Pulau Pinang pada 2020.

"Paparan klip video tersebut mengandungi kenyataan yang tidak benar terhadap PDRM kerana siasatan telah dijalankan ke atas kejadian yang ditularkan dan pelaku berkaitan telah dihadapkan ke mahkamah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Abd Jalil berkata, perbuatan menularkan kandungan kenyataan boleh menyebabkan ketakutan dan kegentaran kepada awam.

"Ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja melakukan kesalahan ini," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved