“Sebijik macam baba dia!”- [VIDEO] Netizen Cair Tengok Gelagat Jebat Jayden Sembang Dengan Mommy

Entertainment
15 Feb 2022 • 5:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa tak kenal si cilik comel hero tunggal Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila ni kan. Kecomelan dia tu dah buat ramai yang cair!

Sebelum ini, dia banyak muncul dalam video di YouTube Channel babanya, tapi kali ini keletahnya dirakam pula oleh keluarga mommynya!

Si kecil Jebat Jayden Ahmad ini sekali lagi telah berjaya mencuri hati para netizen dengan gelagatnya menerusi video perkongsian di laman TikTok peribadi dadhinya, Noor Kartini.

@noorkartini66

Kesian cucu dadhi demam.. doakan jebat jayden ahmad soleh sehat ye#fyp #fypシ

♬ original sound – Noor Kartini – Noor Kartini

Siapa sangka video yang hanya mengambil masa 24 saat ini telah berjaya mendapat jumlah tontonan sebanyak 2.2 juta penonton dalam masa kurang 24 jam!

“Saya tak wisau, saya memang baik”

Walaupun sedang dalam keadaan tidak sihat, Jebat Jayden dipuji sangat sopan menjawab soalan mommynya. Gelagatnya ketika menjawab soalan mommynya Noor Nabila itu telah berjaya membuat ramai yang cair dengan gaya pelatnya.

Jika dilihat di ruangan komen pula, ramai yang memuji kecomelannya itu mirip babanya Sharnaaz! Ramai juga yang mendoakan agar dia cepat sembuh.

image is not available

Kalau dulu dia agak pelat, kini Jebat Jayden terlihat sangat petah bersembang. Menerusi video perkongsian daripada ahli keluarganya yang lain, makin petah ya dia berbual sekarang!

Anak baba kan…mesti lah ikut baba dia! Apapun, semoga cepat sembuh ya Jebat. Nanti join baba buat video lagi tau!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article