USJKT siasat kematian OKT akibat Tibi

3 Feb 2022 • 4:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Jabatan Integriti Pematuhan Standard(JIPS) Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes kematian seorang tahanan akibat tuberkolosis(Tibi) pada Selasa.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, tahanan terbabit merupakan seorang lelaki berumur 38 tahun sebelum ini dihantar ke lokap berpusat Indera Mahkota, Kuantan pada 25 Januari lalu.

"Orang Kena Tahan (OKT) tersebut dari Penjara Penor, Kuantan dihantar ke lokap berpusat terbabit bagi menghadiri perbicaraan pada 3 Februari bagi kes Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, OKT mengadu sakit dada dan telah dibawa ke Hospital Kuantan untuk menerima rawatan pada 28 Januari lalu.

"Pihak Hospital Kuantan memaklumkan bahawa OKT terbabit meninggal dunia pada 2 Februari lalu akibat tuberkolosis (Tibi).

"USJKT akan menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes ini," jelasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved